Jenis orang yang solatnya tidak diterima Allah SWT

Jenis orang yang solatnya tidak diterima Allah SWT

Agar ibadah kita tidak jadi sia-sia, mari kita cek bagaimanakah status solat kita, semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT

Solat merupakan ibadah yang penting, istimewa dan unik. Solat dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara langsung. Solat juga merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Dari segi amalan ibadah solat dipenuhi dengan sebutan takbir, tahmid dan zikir.

Solat adalah merupakan ibadah yang ringan yang mampu dikerjakan oleh setiap orang. Ringan atau beratnya ibadah solat bergantung kepada keimanan seseorang itu. Semakin beriman seseorang itu semakin mudahlah ia dapat melakukannya. Dalam cuaca sejuk umpamanya, amatlah sukar seseorang itu untuk bangun melakukan solat Subuh tetapi bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, mereka tidak akan meneruskan tidur seandainya belum menyempurnakan solat Subuh itu.

Ganjaran solat adalah amat besar sekali. Ibadah ini dapat membantu menyelamatkan manusia daripada azab akhirat. Ibadah ini juga dapat menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan. Dalam hadis dan pelbagai pendapat ulama menyebutkan bahawa solat dapat membantu memakbulkan doa seseorang.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah SAW telah bersabda :

” Ada sepuluh golongan yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, iaitu :

1-Orang yang solat sendirian tanpa membaca surah Al-Fatihah,

2-Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat,

3-Orang yang menjadi imam suatu kaum, sementara kaumnya membencinya,

4-Hamba yang lari dari tuannya.

5-Peminum Arak.

6-Isteri yang bermalam, sedangkan suaminya tidak redha kepadanya,

7-Wanita yang merdeka solat tanpa memakai tudung,

8-Pemakan riba ( peminjam bank yang mengenakan interest ).

9- Pemimpin/Pemerintah yang zalim,

10-Orang yang sentiasa melakuakn solat namun solatnya tidak mampu mencegah dirinya  dari kekejian dan kemungkaran sehingga dia semakin bertambah jauh dari Allah SWT. ”

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 277-278.

Terdapat 3 golongan yang solat tetapi tidak diterima nilai ibadahnya.
Dalam sebuah hadis dikatakan:

“Ada tiga orang yang solatnya tidak naik atas kepalanya barang sejengkal pun. Orang yang mengimami jemaah sedang mereka tidak sukakanya. Seseorang yang bermalam sementara suaminya dalam keadaan marah kepadanya, dan dua orang bersaudara yang saling bermusuhan.” (HR. Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

Berikut adalah 3 golongan tersebut.

1.Imam yang tidak di sukai oleh makmumnya
Imam yang solat dan tidak di sukai oleh makmumnya, solatnya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T

2. Isteri yang membuat suaminya marah
Isteri yang melakukan kesalahan dan perlu meminta maaf kepada suami, sekiranya isteri tidak meminta maaf maka solat tidak diterima Allah S.W.T

3. Saudara yang saling bermusuhan
Saudara yang saling bermusuhan perlu berbaik-baik dan minta maaf antara satu sama lain supaya solat berjamaah bersama saudara akan diterima Allah S.W.T

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Salah satu sifat kesempurnaan Allah SWT iaitu baik dan suka kepada sesuatu yang sempurna. Allah SWT tidak menerima suatu keyakinan, ucapan dan perbuatan kecuali yang sempurna dan baik. Ibadah solat merangkumi kepercayaan, ucapan dan perbuatan.

Solat yang terbaik adalah keyakinan yang benar, ucapan yang teratur dan perbuatan yang mencerminkan sikap dan perbuatan Rasulullah SAW. Solat yang dikerjakan mengikut cara Rasulullah SAW. akan memperoleh ketenangan, ketenteraman dan sekaligus dapat mendidik jiwa manusia kearah yang benar dan baik. Di samping itu, sembahyang dapat juga melahirkan sifat mahmudah dan menolak sifat mazmumah.

Wallahualam, Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain…

sumber nasihatustazz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*