Inilah Ucapan Yang Akan Menumbuhkan Satu Pohon Di Syurga Bagimu

Inilah Ucapan Yang Akan Menumbuhkan Satu Pohon Di Syurga Bagimu

Inilah Ucapan Yang Akan Menumbuhkan Satu Pohon Di Syurga Bagimu

Zikir adalah kalimah pujian untuk mengingati Allah. Ada banyak jenis zikir yang boleh diucapkan dengan pelbagai faedah dan manfaat yang diceritakan. Contohnya zikir yang dapat memberatkan timbangan amalan, zikir yang sedikit tetapi ganjarannya besar, zikir yang boleh memudahkan urusan serta banyak lagi.

Tahukah anda ada satu zikir ajaib yang boleh menumbuhkan pohon di syurga!

Abu Hurairah pernah bercerita, pada suatu hari saat dia sedang menanam pohon, Rasulullah SAW telah melewatinya lalu bertanya.

“Wahai Abu Hurairah, apa yang sedang engkau tanam?”

“Tanaman milikku”, kata Abu Hurairah.

Lalu Rasulullah SAW berkata lagi, “Apakah kamu mahu aku beritahukan tentang tanaman yang bagimu akan lebih baik daripada tanaman ini?”

Abu Hurairah menjawab, “Tentu wahai Rasulullah!”

Baginda bersabda: “Ucapkanlah Subhaanallah Walhamdulillaah, Walaa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar”

Maka setiap bacaan tersebut akan menumbuhkan satu pohon di syurga bagimu” (HR Ibnu Majah dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

“Daripada Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda:

“Aku telah berjumpa dengan Ibrahim AS pada malam Isra’, dia berkata kepadaku: Wahai Muhammad sampaikan salamku kepada umatmu dan beritakan kepada mereka bahawa syurga itu memiliki tanah terbaik dan air yang paling segar. Syurga itu dataran kosong (Qi’aan) dan tumbuhannya adalah (zikir) Subhanallahi Walaa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar”
(HR Tirmidzi dan dinilai hasan oleh Al-Albani dalam Silsilah Sahihah, no.105 & Sahih al-Jami’,no. 3460)

Zikir, selain dapat mengingatkan kita kepada Tuhan, menyucikan hati, menambahkan hitungan amalan, tanpa kita sedar ia juga mampu menumbuhkan pohon lindungan di syurga buat penghuninya kelak. InsyaAllah.

Wallahualam… Semoga bermanfaat, marilah kita menambahkan tanaman kita disyurga kelak… Aamiin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*