Inilah Orang Yang Dibangkitkan Dalam Keadaan Buta Dihari Kebangkitan

Inilah Orang Yang Dibangkitkan Dalam Keadaan Buta Dihari Kebangkitan

Inilah Orang Yang Dibangkitkan Dalam Keadaan Buta Dihari Kebangkitan

Adakah anda sempat melihat matahari terbit hari ini? Adakah anda dapat melihat wajah orang-orang yang anda sayang?

Mata dan kemampuan untuk melihat dengan baik adalah nikmat yang sangat besar sebenarnya. Ia mungkin suatu yang terasa biasa kerana sudah selalu digunakan setiap ketika.

Jika anda pernah melihat video atau gambar yang tersebar di internet tentang bagaimana gambar saiz mata dibesarkan berkali ganda, pasti hati anda berdetik kagum – segala urat halus yang membentuk warna mata, ruang mata hitam yang membesar dan mengecil apabila memerangkap cahaya, imej yang kita lihat pula ‘ditangkap’ dan dihantar ke otak, kemudian membentuk persepsi atau pandangan kita terhadap sesuatu yang dilihat.

Pada penciptaan mata yang kecil ini sahaja sudah tidak terkira banyaknya proses yang diperlukan. Bayangkan nikmat yang besar ini tiba-tiba diambil semula, dan kita tidak mampu lagi melihat. Pasti dunia menjadi gelap, fikiran menjadi buntu kerana kita tidak lagi dapat melakukan rutin yang dibuat selama ini seperti biasa.

Namun lebih teruk lagi jika ketika di dunia kita dapat melihat segalanya, namun apabila mati dan dibangkitkan di akhirat kelak, kita menjadi seorang yang buta. Gelap, hitam pekat.

Itulah ancaman yang diberikan oleh Allah kepada orang yang ingkar dan tidak mahu mengikut petunjuk yang telah diberikan. Setiap perintah dipertikaikan kerana mungkin tidak kena dengan kehendak dan kemahuan diri sendiri. Lalu Allah berkata,

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

Manusia pula bertanya,

Ia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?”

Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.

Jika hidup kita ini bersendirian tanpa Tuhan – lahir bersendirian, membesar sendiri, dapat bernyawa dengan sendiri dan mati juga sendiri tanpa ada apa-apa kuasa yang menguruskan semua ini, maka tidak mengapa untuk kita berbuat sesuka hati. Namun, pasti ada kuasa yang mencipta dan mengurus segalanya dengan sangat teratur. Ia bukan sains, ia bukan hukum alam semata-mata. Ia adalah Tuhan, Allah Pencipta, Pentadbir dan Penguasa seluruh alam ini.

Wallahualam…

Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain… Semoga kita Tidak Termasuk Dalam Golongan Ini Aamiin…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*