Kelebihan dan akibat Penuntut dan menyembunyikan Ilmu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua…..

Kelebihan dan akibat Penuntut dan menyembunyikan Ilmu….

عَنْ أَبَا الدَّرْدَاءِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Abu Ad Darda lalu berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pengajaran:

  1. Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga bagi penuntut ilmu.
  2. Para Malaikat akan merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu.
  3. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu.
  4. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya (menuntut ilmu) maka ia telah mewarisi bahagian yang banyak dari warisan para Nabi.

 

Menyembunyikan Ilmu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Abu Hurairah ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa ditanya mengenai suatu ilmu dan ia menyembunyikannya, maka ia akan dipukul dengan pukulan dari api neraka pada hari kiamat.” (Abu Daud No: 3173) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

  1. Ilmu bermanfaat yang ada pada seorang mukmin sama ada ilmu agama atau ilmu keduniaan, perlu disebarkan atau disampaikan untuk manfaat orang lain.
  2. Ilmu bermanfaat yang diajar kepada orang lain akan menjadi bekalan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia
  3. Mereka yang enggan menyampaikan ilmu serta menyembunyikan ilmu dengan tidak menyampaikan kepada orang lain akan dihukum di akhirat nanti

Ayuh bersifat RAHMAH dengan menyampaikan ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia.

Semoga ilmu yang disampai, akan menjadikan orang lain lebih baik dan menjadi saham pahala berterusan buat kita.
Perkongsian Ustaz Ismail Ahmat El-Ajyali

Wallahualam..

Semoga bermanfaat,

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*